Produk Digital Anda Dalam Bahaya...

"Jangan Biarkan Produk Digital Anda Terdedah Kepada Risiko Dicuri Oleh Mereka Yang Tidak Berhak Tanpa Sebarang Perlindungan.

Jika Tidak, Anda Akan RUGI BESAR!"

 

 

Dari Meja: Mohd Zulfadli & Wan Khairul Zarizi 
Re: Elakkan Kecurian Yang Disengajakan Oleh... Anda Sendiri!

 

Salam sejahtera,

Kepada penjual ebook, audio, video dan segala jenis produk digital di Internet.

Laman download (download page) adalah satu perkara yang biasa bagi anda di mana di situlah terletaknya material atau item yang dijual untuk didownload oleh pembeli.

Namun, kebanyakan usahawan internet produk digital (mungkin termasuk anda) biasanya tidak melindungi laman download tersebut dengan anggapan tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan atau sikap memperlekehkan perlindungan terhadap page download.

Jangan perlekehkan perkara kecil kerana yang kecil itulah boleh memberikan kerugian yang amat besar. Ruang download yang tidak dilindungi umpama sebuah rumah yang mempunyai pintu, tetapi pintu itu tidak dikunci atau tidak berkunci.

Maka sudah pastilah si pencuri atau perompak mudah sahaja untuk masuk mencuri barangan di dalam rumah itu.

Begitu juga dengan download page, ia adalah tempat rahsia yang anda dan pembeli sah sahaja yang mengetahuinya. Sebaliknya tidak untuk mereka yang tidak membayar. NAMUN, mereka yang tidak berhak itu tetap mendownload produk digital anda kerana...

Anda TIDAK berusaha untuk melindungi walaupun sekadar 1%!


Beberapa Sebab dan Kesan...

Kes 1 (Sikap Tidak Peduli)

Ini adalah kisah benar. Seorang usahawan Internet tidak menggunakan sebarang bentuk perlindungan kepada page download produk yang dijual. Akibatnya, link ke page tersebut dapat diakses oleh sesiapa sahaja walaupun mereka bukan pembeli yang sah.

Kejadian ini berpunca daripada seorang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan link rahsia tersebut. Tapi dalam masa yang sama, usahawan tersebut juga wajar disalahkan kerana tidak melakukan sebarang usaha.

Kerugian BESAR!

Katakan harga produk beliau tersebut ialah RM50.00 dan 25 orang telah mendapatkan produk tersebut tanpa membayar (mencuri!), beliau telah kerugian RM1250.00!


Kes 2 (Sistem/Perisian Yang Mahal)

Kebanyakan usahawan internet produk digital tahu mengenai risiko produk mereka dicuri download. Namun masalah yang sering melanda terutama usa